Khamis, 10 Mac 2016

2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izinNYA, aku masih lagi bernafas pada udara yang sama. Berkongsi nikmat yang tidak terhingga, nikmat kasih sayang dan nikmat kehidupan.

Allahuakbar,
2015 tahun yang agak berat bagi kami sekeluarga, kehilangan orang yang disayangi.

Tanggal 19 Ogos 2015 penghujung hidup ibu saudara yang kami sayangi meninngalkan kami sekeluarga, Anak-anak yang masih lagi tidak punya kehidupan sendiri, Suami yang tidak pernah berjauhan dari awal perkahwinan hinggalah pengakhiran hembusan nafasnya. Allah, terasa amat pedih untuk kami move on. Moklong aku anggap seperti pengganti arwah mek untuk aku. Tidak pernah memarahi.. tidak berkira dan dihulurnya duit sebagai duit saku walaupun sudah bekerja..
Hanya sekalung doa mampu aku kirimkan..


2016
Permulaan bagi perhubungan.
InshaAllah pasti ada pengakhirannya.
Perjalanan hidup yang harus ditempuhi dengan pelbagai onak duri,
Perjuangan bagi sebuah kejayaan yang digapai.
Pengharapan yang ingin terlaksana.
Jika Allah tetapkan dia adalah jodohku, aku terima dan jika dia bukanlah jodoh aku jua harus akur padaNYA.

Cinta pada Allah jua yang kekal hingga Jannatul Firdausi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan