Isnin, 23 April 2012

wohoiii makan lagi~ Pizza Hoot~3D

Makan, makan dan makan. Itulah ertinya bila nak membesar.

Agak sangat rakus disitu. Tapi tak pe, sebab ini belog saya lah.

Aku malas nak nulis la, agak la kalau aku letak je picture berbakul-bakul ni,,
malas tahap lapanbelas dah ni untuk menulis.

Esok boleh la upload picture-picture yang sangat banyak ye.. So kita pilih dulu, yang penting
"da best choice is da best quality" haha merapu meroyan dah la....



3D pizza hoot kami.. haha golden like a gold.. kemewahan, keanggunan.. 




















Sabtu, 21 April 2012

sesal

fuhhh, tiup punya tiup memang berhabuk dah belog aku nih, tapi nak buwek macam mano, eden tak dak feel nak nulihnya.. Day by day perkara ni tetap ligat dok pusing dalam kepala. Makin dok pikiaq makin menyakitkan hati. Tak pa, aku nak tengok tang mana dia nak kecoh n heboh kat 1 alam yang kami ni jahat..

Allah tu ada. Aku cayalah, kalau Allah tak tunjukkan sekarang, lambat laun Allah tunjukkan, cepat atau lambat ja. Biaq la pakat nak remove dan block belaka. Aku dok mampu mane la nak sekat orang sekeliling suh percaya aku ni. Biaq amalan, tingkah laku aku ngn Allah terpelihara sudah la..

Sesal nanti tak dak guna kalau tak sesal sekarang. Jangan nanti ang duk salahkan orang tak nasihat..

p;s/ Orang lani la nak sedar, tak mau sesal nanti... dah takdak guna, kalau nasik dah jadi hangit.. Ingat Allah itu adil, jangan kita duk menidakkanla apa-apa... KUNFAYAKUN~

Rabu, 4 April 2012

B.O.O.K.O.F.M.E.M.O.R.I.E.S

Setiap pertemuan ada perpisahannya. Lumrah kehidupan yang hidup di muka bumi Allah yang luas lagi Aman damai.. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Apa yang ditentukan semua adalah sebuah perjalanan dan takdir buat kita semua..

Dalam kehidupan setiap dari ciptaan Allah masing-masing mempunyai pasangan hidup, bersahabat bagi melakukan rutin harian bagi menjalani kehidupan. Ibu bapa, keluarga, sahabat merupakan orang terdekat disamping kita untuk kita sentiasa meneruskan hidup.


Kawan, sahabat, teman, member, rakan, saing, chingguya, adalah sama sahaja maksudnya. Luas dan indah makna sahabat buat diriku. Dari kecil hingga usia aku makin mencecah 23 tahun, tidak pernah aku berseorangan ketika dibangku sekolah mahupun di Universiti.. Aku adalah insan yang senang untuk berkawan..
Untuk kenangan aku supaya sahabat-sahabatku tidak melupakan atau dilupan aku, mula timbul idea untuk membuat :


BOOK OF MEMORIES IN UUM

contoh untuk mengukuhkan ingatan aku kepada rakan-rakanku..

Sebenarnya, buku ni untuk rakan-rakan yang bakal tamat belajar, so aku akan menghasilkan sehabis baik segala kenangan yang bakal diikat dan disimpul di dalam Book Of  Our Memories..



Tanpa sedar kita sudah berkawan selama 3tahun. Cinta dan Kejujuran amat kuat dan utuh untuk mereka yang bergelar sahabatku.



Mereka ibarat keluarga kedua bagiku, Tanpa mereka siapalah aku untuk berdiri tegak dan kukuh untuk meneruskan segala kekuatan dan ketabahan sebagai Hamba kepadaNYA.


@Dedicated All my members..ALONG, MYZAMIMZI, KAKMAK, CIK ROOMATE, MAZ,WAHID, KAK DILA, KERRY, AIDA, HUDYA, AIN, BEAH,MIERA HUDA,


PS~ / sahabat sejati seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Selalu bersama saat duka lara. Memahami dan boleh menghiburkan. Tidak pandang kaya @ miskin, cantik @ tidak, seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan air mata bahagia ketika kita senang. Jadi teman yang menghiburkan masa kita tidak punya sesiapa untuk bersandar..