Khamis, 10 Mac 2016

2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan izinNYA, aku masih lagi bernafas pada udara yang sama. Berkongsi nikmat yang tidak terhingga, nikmat kasih sayang dan nikmat kehidupan.

Allahuakbar,
2015 tahun yang agak berat bagi kami sekeluarga, kehilangan orang yang disayangi.

Tanggal 19 Ogos 2015 penghujung hidup ibu saudara yang kami sayangi meninngalkan kami sekeluarga, Anak-anak yang masih lagi tidak punya kehidupan sendiri, Suami yang tidak pernah berjauhan dari awal perkahwinan hinggalah pengakhiran hembusan nafasnya. Allah, terasa amat pedih untuk kami move on. Moklong aku anggap seperti pengganti arwah mek untuk aku. Tidak pernah memarahi.. tidak berkira dan dihulurnya duit sebagai duit saku walaupun sudah bekerja..
Hanya sekalung doa mampu aku kirimkan..


2016
Permulaan bagi perhubungan.
InshaAllah pasti ada pengakhirannya.
Perjalanan hidup yang harus ditempuhi dengan pelbagai onak duri,
Perjuangan bagi sebuah kejayaan yang digapai.
Pengharapan yang ingin terlaksana.
Jika Allah tetapkan dia adalah jodohku, aku terima dan jika dia bukanlah jodoh aku jua harus akur padaNYA.

Cinta pada Allah jua yang kekal hingga Jannatul Firdausi..

Isnin, 8 Disember 2014

New Journey

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,

13.07.2014 permulaan yang baru untuk aku menggalas amanah dan tanggungjawab yang besar menjadi 'murabbi' mengembang lagi ilmu dengan lebih luas. Pengalaman yang baru untuk aku menjadi seorang pendidik untuk anak didik yang hampir sebaya denganku. Tapi itu bukan penghalang bagi aku kerana inilah cita-citaku dari kecil untuk menjadi seorang pensyarah. Mungkin aku dibesarkan dalam kalangan keluarga pendidik.

Menjadi pendidik bukanlah tugas yang mudah, hanya seorang pendidik yang memahami jiwa pendidik. Jika dulu aku pernah menjadi siswi dengan bebanan tugasan ataupun assignment yang berlambak kadang-kadang merungut tentang pensyarah, tetapi bila menjadi pendidik barulah aku memahami perasaan pensyarah aku dulu.

Ikhlas dan kembangkan ilmu itulah pegangan aku.

Satu semester sudah berlalu dan aku makin bersemangat untuk kembangkan dan mencurahkan ilmu yang aku miliki untuk mereka. Inshallah semoga Allah permudahkan urusan aku untuk further study master in islamic business 2015 dan juga merahmati aku dalam bidang yang mulia ini.

warna-warni kehidupan

students diploma in Business management final year


students diploma early childhood education





#mewangi by Akim & The Majistret


Hello disember 

da best song 2014 by Akim dan faveret halwa telingaku. 

Hanya satu je dapat diungkapkan bila dengar bait-bait lagu ni... ROMANTIK


selamanya
hati ini akan selalu memujamu 
mencintaimu
seumur hidupku hanyalah padamu

waktu 
dengarkanlah 
selalu dekatkan ku dengannya

hingga
ku menutup mata
satukanlah hati

jadikan malamku lebih indah
jadikan siangku lebih terang
biarkan bungaku mewangi 
selamanya

Isnin, 11 Ogos 2014

I am back

Assalamualaikum, 

Almost 1 years i don't writing and update a blog. I'm really miss to writing again. 

yaaa now, i am back to starting again and again. Setahun berlalu, banyak perkara yang berlaku, time is running out. Pahit, manis, masam, dan masin cukup rasanya dalam setahun kejadian. 

and  I MISS YOU MEK 

Sincerely in my heart..

Selasa, 5 Februari 2013

jadual harian berubah

Assalamualaikum,

Haloooo Februari, entri pertama untuk permulaan. Bermulalah kitaran hidup yang berubah jadualnya, kerana Februari ini aku mula mempraktikumkan diriku ini.. Nebes yang amat sangat, berminggu-minggu aku dah kecut segala urat saraf yang ade. Ohhhhh memang berat memikirkannya.

Gara-gara nak berpraktikum segala harta benda aku beli yang baru. Konon dah keje kan,



Dah masuk intern mula2 nebes tahap kritikal, masuk bank kan.. maklumla xpenah seumur hidup nak keje ni..   Cuti sem pun xpenah nak amik pengalaman keje, so bila dah internship ni, rasa confident level tu low.. 
 04/02/2013 episod bermula selama 4 bulan.. Nak dapat pengalaman, tambah ilmu, tapi terpaksa gak.. hehe Dah xde mood nak cite, yang penting praktikum ni kene hadapi juga walau bagaimana malas sekalipon.. hahahaa

Semoga internship ni dipermudahkan selama 4bulan, dan confident level aku dah meningkat, hopefully dapat serap terus walaupun hakikat aku tahu keje bank camne sekarang ni.. tapi fulusnya banyak maaa.. mata duitan.... 

Rabu, 23 Januari 2013

salam maulidur rasul 1434 hijriah

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w) : wahai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya,

                                                                                        (surah Al-Ahzaab ayat 56)

Syukur kerana kita hidup berlandaskan syariat dan nikmat Islam.. Sesungguhnya kita Ummat yang beruntung dibawah junjungan Nabi kita..


Selawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad kita..



Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat san beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya Tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hijjaz..


#Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah, semoga kita sentiasa berselawat ke atas Nabi kita.#

Selasa, 22 Januari 2013

sintokyo i miss you

Alhamdulillah tamat sudah pengajian aku selama 3 tahun setengah tapi bukan oficially lagi, tunggu tyme konvokesyen la. Ya Allah sesungguhnya aku merindukan suasana DPP PETRONAS Sintokyo.
Hehe nama curlas uolss, mane x sintok digelar bebudak youyoum sintokyo = (sintok+yo). sebab sepanjang duk belajar kat sane, perghhh suasana dan udara yang nyaman, pokok-pokok pun banyak.Melindungi kami semua dari kepanasan, muka pun lawa, ngehngeh :P.... Malam-malam tido pakai selimut tebal, toto terus sebab sejuk.. angin xyah cakap la nak terbang satu bilik.. Indah suasana tu..

As a student mesti banyak list yang dah horeey;;
  • dah xpayah nak buat assignment
  • xpayah nak berebut bas
  • dah xde exam.
  • xperlu nak aktifkan diri untuk kekalkan bilik
  • xberurusan dengan orang-orang yang menjengkelkan
Tapi semua itulah yang dirindui. Bila kita mula menjauh..

17.01.2013
Akhirnya barang-barang aku diusung, abah aku datang dari kelate nak angkut barang-barang aku, haha barang tu dah 3tahun setengah, banyak giler.. kalau nak pos jenuh weii.. Nasib baik abah penyayang mai amik aku kat hujung hutan ni.. 


cik teddy yang kelemasan.. haha 


Preparation jiwa,... sebelum aku nak tinggalkan mereka-mereka dan suasana ni, berbulan aku tabahkan hati bagi xnak nangis, konon jiwa kental beb.. Tapi perasaan mane boleh kawal kalau dah tiba hari kejadian, luruh air mata gak, xyah kontrol nak tarik napas dalam-dalam la, kalau dah jenis hujan ni.. hehe akhirnya hujan juga aku, xde la lebat sangat. Lebat dalam kereta.. 

Da most i miss, mereka ini.....


always in my heart. 

21.01.2013
Seminggu keberadaan dirumah sudah menunjukkan tahap kebosanan, mula merindui sikit demi sedikit 4C101, huhu i miss da moment, dari semester 1 hingga 7, disini lah kehidupan bermula.