Isnin, 11 Jun 2012

Demam Euro 2012, demam selsema..



Siyess minggu ni aku tak berapa nak sihat... haha hidong sombat, mata merah.. sakit pale.. ooo 
Demam agoknye, exam cenggini la aku mula wat hal..
kalau dulu tyme exam sekolah, mesti ade je yang tak kena dengan diri aku..
Macam pelik gak, tyme exam sakit.. sakit je exam.. ooohh letih wooa, a
tak tahan weyh, hidung yang kes naya, duk tenyeh tenyeh sampai besaq aku rasa..


Arghh cite kelaut ni, nih nak cite pasal euro cup 2012.. sumpah! memang aku sanggup stay-up nak tengok menatang nih.. oiii kalau dah aku target nak tengok team yang aku admire, konpem malam malam yang sepi walaupun exam tetap aku gagahi.


Aku kalau nak tengok pun sebab da oranje dengan spain.. dua dua ni la yang aku duk follow dari mula fifa hingga la euro.. Mesti aku tak miss..



Kalau dulu tyme duk sekolah, mesti aku ditemani pepakcik aku.. ohh indah wooo zaman tu, siap bernasik goreng di pagi hari. haha. Lani mane boleh dah, aku pulak dah duk uni mane la pak menakan aku nak teman, depa duk lain, kalau duk umah lain la.. Awal awal men euro aku tak tengok la sebab poland yang start, aku tak layan. Malas. 


Semalam la aku start duk menggila sebab da oranje main lawan denmark, abang aku main. Vanpersie.. gile ensem, adoii Islam pulak, gile woii gile.. tahap gaban kot. Kalah pun kalah la. mula-mula tak kesah, besela hero hindustan mane nak menang, bagi chance kat orang jaat, kalu hero melayu takde punya nak bagi, last-last dia mati la. kikiki..

Group B.. 

dua ja aku target untuk euro tahun ni la.. ala tahun sebelom ni pun aku duk sokong oranje ngan spain gak, kalau porto tu memang tak la, even ade CR pon aku tetap ngan abang Vpersie.. ohhh

Dulu aku nih lalang gak, asal menang je sokong, asal sokong je yang menang, sekarang dah tak lalang, bior kalah tetap dihati, yang penting and da mostly admire TRW(tanah tumpah darahku). haha tak mengena pon ngan Euro..  

David villa,, ohsem. janggut secoit tu yang mahal..kiki


Go Oranje, go spain.. kalau bukan kerana aku duk UUM dan exam menjelma. (Exam juga yang dislahkan). , konpem aku duk mengadap tv sekarang ni kat umah. 



Jumaat, 8 Jun 2012

susah nak menjaga Qalbu.

Alhamdulillah jumaat segala penghulu hari tiba lagi..
indahnya alunan azan dan khutbah..
melihat si bakal-bakal pemimpin berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat,
oooh sejuk mata memandang, walaupun permandangan indah itu hanya sementara. Subhanallah!!..

Hidup perlu kuteruskan jua selagi hayat dikandung badan,
Ya, nikmat hidup Allah bagi aku rasa lagi, tidak ditariknya, selagi DIA menginginkan sebegitu.. Allahuakbar.!!!

Hati? hati lah yang susah kita nak jaga, hati seniri pon belom tentu ku paham. Inikan pula hati-hati mereka yang seabad dan seangkatan dengan ku. Kawan? iya kawanlah hatinya mudah terasa. Baik kesitu atau kesini belum tentu ada yang puas. Masalah hati paling berat. Berat juga bagiku, biasalah manusia tanpa hati, matilah.
perluke kita menjaga hati mereka?? Jika mereka tidak menjaga hati kita.. Tak puas hati? haaa sebab kita tak sempurnalah tak puas hati.. Letih nak pikir masalah hati..


Pura-pura didepan, belakang lain cerita..
itu ini banyak keluar, besela mulut, tak pernah kering dek kata-kata sampahnya,, adoiiii
Adelah tu apa yang salah kita buat, cari apa yang kita lakukan,.. Muhasabahla diri kita.. Mesti ada yang tak kena pada diri seniri..


Jiwa lah yang kuat mempengaruhi, kita manusia tak pernah puas apa yang kita miliki. Baik orang lain cantik, kaya, punya kesenangan sikit darinya mulalah berdengki. Jangan!!!
Kita bersyukurlah apa yang dikurniakan pada kita..


Aku bukan yang sempurna, tapi aku ada menjaga hati orang lain, tapi orang lain ada ke menjaga hati aku??
bukan untuk meraih mereka menjaga hati, tapi cukuplah sekadar didepan, biarlah belakang, sebab memang kita tak kan kenal perangai diri kita melalui kita, Kita akan tahu sape kita melalui mereka yang kita kenali..

Rawatlah ia dengan zikir munajat..

waallahua'lam...

Sabtu, 2 Jun 2012

REVIEW Aku ada, kau ada?

Aku ada, Kau ada?



Aku tak tahula nak start entri macam mana? Selalu ada juga aku nak buat ayat, tapi entri rasa macam takde idea nak karang. Malas pun ada sebenarnya, niat memang nak upadate belog tapi  kemalasan yang tahap maksimum.. 
Ok fine, aku buat juga la, hari ni habaq hang aku pi tengok movie kat Jitra. Cadangnya nak la nengok Snow white, alih-alih aku kena la tengok cite ni, sebab ape? memang bersebab dan tersangat banyak disebabkannya aku tidak dapat nak tengok movie yang dinantikan.
Banyak masalah dengan keretanya, timing tak tepat... arghh nak tengok cite Snow White tu.. TAPI... 




Okla, decide punya decide tengok gak cite AKKA ni, pasai apa? pasai mula jam 3.40,. 
Pasai  Sam dan yana berlakon Tempat yang jadi tumpuan KOREA fuhlamak.. tu yang sanggup pilih cite ni dari mat sewel. Ok mungkin aku dah ketinggalan, sebab cite ni dah  agak lama cikit kat panggung. Hajat di hati nak yang lain..

review la siket, dah tajuk entri pon namanya review berdasarkan yang aku tengokla,. 

Cite ni mengisahkan nordin ahmad(sam) yang kononnya nak jdi machola. Masalahnya, nordin ada penyakit panik bila dia menjadi tumpuan ramai. panik yang melampau, batuk dan muntah. Aziz( Kamal Adli) ni perasan   popular. Haha Aziz da greatest. tu trademark aziz, Ok Aziz ngan Nordin ni sama2 nak fight la nak dapat perhatian pelajar-pelajar pompuan, ada la yang mula jeles, Aziz la sapa lagi. Tina(Yana) pelajar baru kolej tu, seorang yang banas baran dan diberi kaunseling oleh Prof. kat kolej tu. Mula la adegan yang lucu bila Nordin ni satu group teater ngan Tina.. Akibat 15 tahun yang dulu..  Banyak juga part yang lucu, bila ada watak Bad, yang pondan.. Si Aziz yang ala ala Hiphop.. Cekgu cekgu pon muka dah kelakar, gedik.. tu yang selingan cite tak nak borink.



Nordin dan Tina suka sama suka tapi disebabkan depa ni ada masalah dari dulu, masing-masing pendam. Pastu guna teknik yang kaunselor depa bagi. Tapi apa yang disangka Nordin dengan cara tu dapat buat si tina suka dia, dia silap.. Akhirnya penyelesaian masalah mereka perlulah berterus terang dan luahkan perasaan masing masing. \/ Gitulah serba sikit, kan review je pon..


Paling rasa romantik tyme dah nak last cite, fuhh Sam memang romantik habis la, Sam ngan Yana ni sesuai la.. 
Part yang nyanyi dengan cherry blossom ohh romantik bila sam main piano dan yana nyanyi dengan baju 
pengantin memang dabommm la lawa,,


Lagu lak best, Begini caranya.. ohh layan la, dengan suasana yang lawa, bunga bunga pun gugur.. adehh rasa mau pi ja Korea sekarang juga. Cite pon ala ala KPOP semacam je. 

Aku bagi 4 bintang cite ni, sebab mula- mula cite agakla borink, scene nak last baru la nak start romance. adess tapi tak nyesal pon, tengok sam pon dah bahagia.. alangkah....

Banyak lagi rasanya nak tulis mungkin buat entri lain la yang seangakatan hari ini..

Jumaat, 1 Jun 2012

Assalamualaikum JUN !

Cepatnya masa berlalu jun pun dah menyapa aku. Aku masih tak sedar diri lagi nak menyapa si Jun ni? Hmmm malas aku nak menyapa sebabnya dia memang akan menyapa juga. Jun macam name orangkan, haha best je sebut jun, tak payah la nak sebut bulan bagai. buat aku makin stress.. Haaa sebut pasai stress ni, memeng patut pun aku rasa begitu, kenapa, kenapa dan kenapa?

JUN adalah bulan exam..... argghhhhh tidak mahu sebenarnya, kan best kalau belajar takde exam.. hihi tak payah nak kalau sangat, kalau-kalau ni tak membina otak aku di pagi hari.. Garu kepala yang tak gatai, gitulah tyme jun dah sapa aku, mulalah nak rasa bergetar. bergetar lain takpa, nih bergetar sebab dah nak exam.. 
ooooo kenapa? 


Kijam kan aku, sebab cakap study boring, arghh ade aku kesah memang pon. Tapi kadang-kadang la, pulak tu atas subjek yang tak minat memang boring lagi omputih punya languange. lagi la aku tensi.. Menguap dan menguap tu jela kerja aku bila tengok buku..

Jun is coming out.;... oooooo just like a scary night i have spent to much for my study.. stay up la konon, pahtu mata mula la jadi macam panda, hitam ja kat bawah. Barula betoi-betoi study. Dalam kepala hotak nak habiskan chapter je, ape lagi bukak gerobok amik kopi ali cafe pekena, hah terbuntang mata habaq hang.. stayup semata. Gitula gamoknya bila last minit, padan muka last last pagi esok nak exam terlepas, jauhkanlah weyh.. Barula TD result ko.. 

6,7,13,14,16,18 last 26..  exam punya masa. naseb baiklah aku sem ni ada la nak merasa gapnya.. kalau dulu memang setiap hari tanpa gap aku exam. Dekan? hahaha tak merasa weyh..

26?? hehe sabarla hati, banyak perkara aku perlu lakukan.

"study smart not study hard", 
kita perlu usaha sebelum kita berdoa, dan selepas kita doa barulah kita pegang pada tawakkal, Bila bertawakkal itulah kita Redha pada kehendaknya. 
Bukan hanya redha tanpa usaha, macam mana nak dapat, ingat benda tu jatuh bedebuk kat kita... Yang penting jaga amalan kita dengan Allah. Insyallah amalan kita dipermudahkan..