Khamis, 31 Mei 2012

Ayah dalam kenanganku (Al-Fatihah)

Makin genap 12 tahun  pemergian ayah terchenta iaitu allayarham Muhammad bin Omar.. Tatkala menulis entri ni berjurai air mata kerinduan menyapa. Ohh sebak dada merindukan beliau yang amat menyayangi diriku. dikala kanak kanak seusiaku mempunyai keluarga yang lengkap, tapi bukan aku yang merasainya. Ayah la orang yang bertanggungjawab menjagaku dari awal sekolah seumur 6tahun hingga darjah 6, Ayahla orang yang menyemak dan menandatangani buku rekod sekolah, mensyuarat PIBG.. Sampaikan cikgu cikgu sekolah mengenali ayah adalah bapaku, hakikat ayah adalah datukku..

Ayah mula sakit ketika umurku 9tahun, tapi ayah sakit hanyalah biasa-biasa. sakit lelah menyerang, Tapi ayah tetap kuat orangnya, masih berniaga bersama mek, Ayah pernah dimasukkan wad, sampai doktor dan nurse mengenali kami sekeluarga.. setahun sebelum pemergian ayah, ayah sakit tenat, ketika itulah aku sebagai cucu yang dijaganya yang ditatap bagai minyak yang penuh, mula menjalankan tanggungjawab menjaga ayah. Ayah taknak tidur dalam bilik tapi nak tidur diruangtamu, selama itulah aku tolong ayah ambil wuduk sambil duduk, aku yang bertanggungjawab sebab ayah tak nak ngan orang lain. Aku puas hati sebab aku berbakti untuk ayah ketika hidupnya..

Betapa aku rindukannya bila terkenangkan segala kenangan. Ayah la orang yang tak pernah memarahi diriku, walaupun ayah orang yang tegas, cerewet dalam makanan. Tapi ayah juga yang menyayangi aku. Tak tertahan air mata dan jiwa bila mengingati kenangan ini. Pernah juga aku teringat sewaktu kecil, akulah yang sentiasa menemani ayah kehulur kehilir sebab nak ambil che yah mengajar.Walhal ayahsu dan ayahmir ada, tapi akulah anak bongsu kalangan mereka.Aku teman ayah isi minyak kereta. Naik kekkong ayah, Ohh indahnya. Semangat aku hilang bila ayah kembali kerahmatullah pada 29/9/2001 jam 12.30 tengahari. Saat itulah aku mulai merosot dari tahun ke tahun. Mungkin juga aku adalah mangsa perceraian? Bukan aku menyalahkan takdir, tipulah aku  tidak pernah merasa kecewa dalam hidup ni tatkala Allah mengambil orang yang aku cintai sedikit demi sedikit merentapkan emosiku.

Hakikat pada waktu itu, aku tidak dapat menerimanya sewaktu ayah dikapankan, Mula menyalahkan takdir. Tapi aku sedar Allah itu Maha Mengasihi HambaNya. Begitulah aku meneruskan hidup tanpa ayah disisi. Mek yang kehilangan suami lagi sedih dari aku, sampai sekarang mek tetap bersama-sama memori ayah tanpa ada gantinya, 

Hari berganti hari, memori ayah tetap bersama samaku bawa hingga menara gading, aku teringat lagi kata-kata ayah untuk aku , "ika, kalau dapat 5A ayah melih kambing," tapi apakan daya Allah menyayangi beliau selepas aku UPSR. keputusan pun kurang dari yang dijangka.. Alhamdulillah aku sekarang dah melangkah ke menara gading, walaupun ayah takda, mek, ma dan abah serta keluarga masih boleh berbangga dengan aku.. 
Tanpa sempat ayah melihatku menerima segulung ijazah hasilnya menjaga diriku..  Aku bangga pernah menerima didikan dari ayah, kerana ayahlah orang yang bertanggungjawab membentuk diriku menjadi orang yang berguna.

Jadilah anak yang solehah, kerana doa anak yang soleh adalah terbaek untuk mereka di Sana.

Salam,

Al-fatihah aku sedekahkan buat atuknda tersayang dan mereka seagamaku. Semoga ayah dan mereka ditempatkan kalangan orang-orang yang beriman..

Selasa, 29 Mei 2012

Mereka berbakti siswa dibilikku!!

Assalamualaikum W.b.t....

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas dibumi Sintokian. Hahaha macam tak percaya je, hari ni mereka-mereka berbakti bersiswa di bilikku untuk terakhir kalinya sebelum mereka-mereka chow dari UUM .. kahkah..

Bermulanya apabila roomate aku balik kampung, depa sume ni rasa cam nak mengemas, aku apa lagi bagi la orang lepas gian..kahkah, bukannya zalim, ni depa suka dan rela.. kiki

Macam tak percaya ja kan, bilik sendiri pun bedal je buat bakti siswa kan, mana idoknya, bilik kena la servis selalu barulah nampak bilikku syurgaku..

Mereka berempat yang menjadi sukarelawan mendesignkan aku punya bilik... dari satu ke satu benda depa campak.. Habih terabur .. agak-agaklah berapa banyaklah bahagian penyelenggaraan sampah kutip hari ni iye...

geng2 yang membuat dekoresyen...

mengemop, mengelap, tukar cadar, sapu sawang lelaba, buang sampah, bersih kipas.. memang tugas seorang mak,, Untung aku hari ni sebab dapat mak kuasa 4.. haha

Nasib bek la bilik ni takleh sesuka hati nak buat deko.. Kalau tak memang tak tahu la depa wat lagu mana lagi.. Ni pun  aku da cukup terima kasih dan berbahagia..




Incik anak bean pon suka.. rilek ja duk atas katil.. Amboi nak jadi bos ka??


bilikku bilikkmu jua... 

Terima kasih kakmak, meyza, cik yamyam n cik zura.. dah banyak berbakti ..

macam uum punya tagline "ILMU,BUDI DAN BAKTI." fuhh 






Sabtu, 26 Mei 2012

Seindah Sakura

Indahnya hari sabtu, tapi hari Jumaat tetap indah dan tenang.. Tatkala azan dan khutbah jumaat berkumandang dari bilal dan imamnya.. Bukan nak cerita hari-hari yang mendatang, tapi bercerita tentang seindah sakura. Agaknya mesti ranking tv3 meningkat lagi, seperti Nora Elena, cinta buat emelda. Gara-gara adaptasi novel. Rupanya rakyat kita minat novel, sapa kata kita kurang membaca, novel salah satu bahan bacaan, cuma bukan ilmiah.. sekurang-kurangnya kita ada juga minat terhadap benda itu.. Atleast kita punya budaya membaca. 















Sakura? mesti ada kaitan dengan bunga sakura. paling aku hengat kalau cite sakura mesti para-para sakura.aaron kwok. Mungkin juga sakura tunggak utama cinta dua orang dalam cite ni.. haha tak tahula..Aku tengok cite ni pun tyme aku nak tengok, kalau tak, memang takla.. member-meber aku la yang bebetol melayannya..


Mungkin drama ini akan menjadi bualan kita, sebabnya, pelakon2nya yang fofular kan... mungkin juga dipertengahan drama dan novel agak berbeza.. Tetapi drama ni best juga, cikgu couple dengan student.. Haahaha macamla realiti  tak berlaku. memang terjadi pun..


nak nyanyi sepukul lagu ni jap... 


Ahad, 20 Mei 2012

pertama kali

Hahaha rasanya aku dah semester 6, tapi pertama kali design cover page untuk esaimen..
Mane taknya, sebelum ni aku copy yang orang punya.

wah, excited sangat sebab dapat buat cover page seniri..

tadaaaa






Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei...

Mesti perkara yang wajib ditunggu waktu sekolah rendah dan menengah dulu.
Kenapa?

Sebab?

Hari Guru,

yeahh sambutan hari guru la.. Kalau zaman kecik-kecik dolu, mesti nak gi sekolah nak fight dengan member-member pasal hadiah yang nak bagi kat cikgu. budak-budak lagi tyme tu  mesti bagi ....
ni zaman 90an.. Haha zaman aku la tu, zaman tak kenal benda-benda mahal.. Bukan macam budak sekarang.

Shortlisted hadiah untuk cikgu...

1) sabun mandi..

balut ngan ketas bunga-bunga la.. 

2)tisu kotak

3)pen biru dan merah
(cikgu kan suka tanda ketas jawapan guna pen merah,.)



4)kek pisang cawan.. (haha makanan pun bagi..)





walaupun hadiah yang paling murah ke mahal ke, yang penting kita hargailah GURU-GURU kita yang pernah mencurahkan,,


Zaman sudah berubah, hadiah pun tetap berubah.. haha.. Dunia dah makin maju, Kiamat pun dah maikn dekat.. Same2lah kita ingat..



::: Selamat hari guru buat cikgu SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL PAK ESAH, MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, MAAHAD SANIAH, tokguru ngaji Quran(Moknik), Cikgu lesen memandu, PENSYARAH UUM, makcik dan pakcik2ku yang bergelar guru dan sesapa yang bakal dan sudah bergelar guru.. dan terpenting dan yang terpuji, RASULLULLAH S.A.W dan IBU, IBU dan IBU
Jasamu akan dikenang hingga akhir hayatku... Aminn::::

Perjalananku (mereka yang disayangi)

Assalamualaikum,

Hari ni terdetik rasa dihati nak buat entri pasal perjalanan hidup dikampus.Mungkin disebabkan cuti semester yang bakal tiba dan mereka-mereka bakal meninggalkan kenangan itu bersama kami-kami yang harus meneruskan perjuangan lagi. Banyak sangat kenangan yang dicipta ataupun tercipta, yang paling penting rakan-rakanku. Rakan yang bestie ataupun baru kenal.. tak menjadi masalah, yang penting hidup sentiasa gembira,.







Bermula dengan berlima, tetapi bertambah keangka puluhan. ALHAMDULILLAH... 



Dah memasuki semester 6, folder gambar dah banyak sangat, tak tahu nak letak kat mane lagi. That moment i can remember.






Banyak lagi gambar.. Tapi cukup la yang ni.

sayang-sayang saya sekalian.. Nikmatilah hidup ini selagi Allah memberi nikmat kepada kita, dan hargailah setiap masa dan waktu yang ada pada kita sebelum ianya sudah tiada.....


Khamis, 3 Mei 2012

baby BORN..

~Alhamdulillah bertambah lagi keluarga aku, walaupun dah lama ma dan abah kesepian disebabkan anak-anaknya sudah teruna dan dara, kini sudah terubat anak bongsu untuk mereka...

Macam pelik je apabila umur abah dan ma memiliki anak.. Hahaha apa taknya, anak dara sudah menjangkau usia 23 tahun.. Walhal dah nikah orang lain.. ( orang lain la) hehe.. Umur mereka dikategorikan ada cucu... cewahhh.. Tak pa la asal aku dan keluarga hepi.. NUR INSYIRAH.. da one give our family a new day.. hehe..


dah 7bulan baby sayang ni.. hehe cepat-cepat besar ek,,,





hahaha nanti panggilan untuk ma dan abah bertukar, Tokma dan Tokbah.. kikiki 


macam tak lama je lagi pipi itu akan ku cubit-cubit... Kalah pau ayam yang gebu dikedai...



kecomelan mu ini makin menambahkan keinginanku merindui.. haha