Rabu, 23 Januari 2013

salam maulidur rasul 1434 hijriah

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w) : wahai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya,

                                                                                        (surah Al-Ahzaab ayat 56)

Syukur kerana kita hidup berlandaskan syariat dan nikmat Islam.. Sesungguhnya kita Ummat yang beruntung dibawah junjungan Nabi kita..


Selawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad kita..



Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat san beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya Tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hijjaz..


#Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah, semoga kita sentiasa berselawat ke atas Nabi kita.#

Selasa, 22 Januari 2013

sintokyo i miss you

Alhamdulillah tamat sudah pengajian aku selama 3 tahun setengah tapi bukan oficially lagi, tunggu tyme konvokesyen la. Ya Allah sesungguhnya aku merindukan suasana DPP PETRONAS Sintokyo.
Hehe nama curlas uolss, mane x sintok digelar bebudak youyoum sintokyo = (sintok+yo). sebab sepanjang duk belajar kat sane, perghhh suasana dan udara yang nyaman, pokok-pokok pun banyak.Melindungi kami semua dari kepanasan, muka pun lawa, ngehngeh :P.... Malam-malam tido pakai selimut tebal, toto terus sebab sejuk.. angin xyah cakap la nak terbang satu bilik.. Indah suasana tu..

As a student mesti banyak list yang dah horeey;;
  • dah xpayah nak buat assignment
  • xpayah nak berebut bas
  • dah xde exam.
  • xperlu nak aktifkan diri untuk kekalkan bilik
  • xberurusan dengan orang-orang yang menjengkelkan
Tapi semua itulah yang dirindui. Bila kita mula menjauh..

17.01.2013
Akhirnya barang-barang aku diusung, abah aku datang dari kelate nak angkut barang-barang aku, haha barang tu dah 3tahun setengah, banyak giler.. kalau nak pos jenuh weii.. Nasib baik abah penyayang mai amik aku kat hujung hutan ni.. 


cik teddy yang kelemasan.. haha 


Preparation jiwa,... sebelum aku nak tinggalkan mereka-mereka dan suasana ni, berbulan aku tabahkan hati bagi xnak nangis, konon jiwa kental beb.. Tapi perasaan mane boleh kawal kalau dah tiba hari kejadian, luruh air mata gak, xyah kontrol nak tarik napas dalam-dalam la, kalau dah jenis hujan ni.. hehe akhirnya hujan juga aku, xde la lebat sangat. Lebat dalam kereta.. 

Da most i miss, mereka ini.....


always in my heart. 

21.01.2013
Seminggu keberadaan dirumah sudah menunjukkan tahap kebosanan, mula merindui sikit demi sedikit 4C101, huhu i miss da moment, dari semester 1 hingga 7, disini lah kehidupan bermula. 


Ahad, 6 Januari 2013

Bantal kuning yang gebuss deboommm



hahaha macam pelik je bunyi bantal kuning, yela gebuss dan deboommmm. Kalau bantal tido xde la gebu semacam, agak la bantal mesti banyak peta dunia yang ade atas bantal tu.. (Hahahaha ayaq liuq). Nak cite pasal aku yang menggila akan bantal yang comel ciut miut ni, lagi hot merata-rata tempat sekarang, 

tadaaaaaaaaa 



macam bantalkan, same x? petak je.. hehe


hah ni lah ghopenye bantal kuning aku tu, durian crepe. Ala nak senang duyan lempeng je.. Klasik gila ayat lempeng. xkan nak gune tu, crepe la baru curlass yang bersama ditutupi awan putih iaitu whipping cream.

Aku tempah benda alah ni, first try memang xsedap, bila aku dah berkali try... ekhhhh agak sedap bertambah bila kegebuaan dan kelemakan isi duyan tu menambahkan rasa di situ..sedap bak hang.. muahahahaha



kegebuaan yang terserlah...

Dah seminggu aku duk ulang makan duyan crepe ni, dah agak bosan ngan duyan aku try amik perisa oreo, blueberry, jagung.. Yang best jagung dengan oreo.. fuhh meletop la, cam makan eskrem.. 



ungu tu bluebery la, yang keemasan sikit oreo..


Benda ni takleh nak makan banyak sangat dalam satu masa, sebab mudah muak, Dia kene selang seli, tahu la suka, jangan la tiap-tiap hari duk ngadap benda ni, nanti kang muka dah macam bantal ni..



Jumaat, 4 Januari 2013

SETANGGI SYURGA


Jumaat yang indah...
Jumaat pertama pada 2013..
Lagu yang mengusik kalbu
bagi seorang yang bernama wanita.....


Percaya kata janji mu
kerna ku yakin apa d genggammu
k’haruman setanggi syurga
bkn kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai t’kurung d basah tengkujuh
k’wangian aroma bunga
tak menggugah k’teguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar & terlebur
Pd redup mata yg menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku m’lafazkan kata
bicara hati yg mudah d’terjemah
Betapa aku gerun pd teduh utk b’naung
Kerna awan itu rapuh

Bahagia buat mereka
yg bertemu cinta yg teragung
yg membawa ke syurga hakiki & abadi

Dendam tak marak menyala & membakar
oleh putih salju yg b’guguran
kerna dosa itu
lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
kerna ku pasti adanya p’temuan
d’sana nnt bukti cinta suci d’lafazkan
tak b’temu p’ucapan

Percaya kata janji mu
kerna ku yakin apa d genggammu
k’haruman setanggi syurga
bkn kilauan sebilah belati….

Kata janji mu
seharum setanggi syurga….

In-Team

Khamis, 3 Januari 2013

2012 #Part 1... M.EMO.R.I.ES


Kenangan itu indah...
Mampu diucapkan melalui gambaran dan ingatan..

Makin terdetik hati..
Akan aku rindukan mereka, PASTI!!!! 
Saat itu, bagaimanalah hati ini...

Segala kenangan tersimpan rapi bagaikan tiada yang dapat memisahkan kenangan itu dengan ku..
2012 menggamit memori.. 














Kenangan bersama ustaz Abu bakar dan classmate oic...



Aku sayangkan mereka..
Sejujurnya..... 



sesuatu yang canggih beb...


just to say, curlasss uolss
hanya menggunakan  galaxy sIII ..

tadaaaaaaaaaaa





Hasil usaha along yang tersayang... Tq so much.. Hehehe

saya memang cute pom.. huahuahua ^^V

Tahun baru Masihi

Assalamualaikum 2013

Alhamdulillah,

Masih diberi kesempatan lagi untuk menikmati bumi indah..
Wah cepatnya masa berlalu, dah tahun 2013. Diri ini masih dalam lamunan ianya tahun 2012.
ooo0h sayunya hati, rupanya tersedar dari anganku yang dah kembali pada tahun baru. Terlalu banyak perkara dan kenangan yang membuatkan minda ini masih mengharap pada tahun yang lepas. Syukur masuk tahun ni aku akan menamatkan pengajianku but not officially.. hehe, masih lagi dalam pengajian, tapi pembelajaranku akan tamat tanggal 15 Januari 2013. Saat ketika itu, xtahu bagaimana hati dan jiwa ini akan berdepan mereka-mereka yang disayangi.. Allah saja yang tahu akan hati yang berat meninggalkan mereka.

Saat entri ini ditulis, jiwa bagaikan tidak merelakan kedatangan tahun baru ini, tapi aku sebagai umat-Nya, percaya pada akan kejadian Tuhanku.. Kesedihan menggamit, sememangnya aku gembira kerana tidak lagi ada waktu study, malas pegi kelas, malas nak berebut bas, dah cemuih makan kat cafe mengadap lauk yang sama, xnak buat tugasan, xpayah duk tunggu line internet elok sambil duk maki depan laptop.. ooo000hoii tapi semua itulah yang akan dirindui. DPP PETRONAS 4C101, akan aku simpan rapi kenangan ini yang berbakikan duabelas hari lagi.

Ya Allah kuatkan semangatku ketika menghadapi hari- hari yang mendatang, bersama teman-teman seperjuanganku, pasti orang yang paling rindui mereka yang bersama saat suka dan duka. Hadirnya mereka satu rahmat buat diriku. bersama-sama melalui hidup sebagai pelajar yang jauh dari mata dan perhatian keluarga..

Hanya doa mampu aku panjatkan supaya tahun baru ini menjadi seribu satu kemanisan dalam diri ini,.

T_T