Rabu, 4 April 2012

B.O.O.K.O.F.M.E.M.O.R.I.E.S

Setiap pertemuan ada perpisahannya. Lumrah kehidupan yang hidup di muka bumi Allah yang luas lagi Aman damai.. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Apa yang ditentukan semua adalah sebuah perjalanan dan takdir buat kita semua..

Dalam kehidupan setiap dari ciptaan Allah masing-masing mempunyai pasangan hidup, bersahabat bagi melakukan rutin harian bagi menjalani kehidupan. Ibu bapa, keluarga, sahabat merupakan orang terdekat disamping kita untuk kita sentiasa meneruskan hidup.


Kawan, sahabat, teman, member, rakan, saing, chingguya, adalah sama sahaja maksudnya. Luas dan indah makna sahabat buat diriku. Dari kecil hingga usia aku makin mencecah 23 tahun, tidak pernah aku berseorangan ketika dibangku sekolah mahupun di Universiti.. Aku adalah insan yang senang untuk berkawan..
Untuk kenangan aku supaya sahabat-sahabatku tidak melupakan atau dilupan aku, mula timbul idea untuk membuat :


BOOK OF MEMORIES IN UUM

contoh untuk mengukuhkan ingatan aku kepada rakan-rakanku..

Sebenarnya, buku ni untuk rakan-rakan yang bakal tamat belajar, so aku akan menghasilkan sehabis baik segala kenangan yang bakal diikat dan disimpul di dalam Book Of  Our Memories..



Tanpa sedar kita sudah berkawan selama 3tahun. Cinta dan Kejujuran amat kuat dan utuh untuk mereka yang bergelar sahabatku.



Mereka ibarat keluarga kedua bagiku, Tanpa mereka siapalah aku untuk berdiri tegak dan kukuh untuk meneruskan segala kekuatan dan ketabahan sebagai Hamba kepadaNYA.


@Dedicated All my members..ALONG, MYZAMIMZI, KAKMAK, CIK ROOMATE, MAZ,WAHID, KAK DILA, KERRY, AIDA, HUDYA, AIN, BEAH,MIERA HUDA,


PS~ / sahabat sejati seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Selalu bersama saat duka lara. Memahami dan boleh menghiburkan. Tidak pandang kaya @ miskin, cantik @ tidak, seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan air mata bahagia ketika kita senang. Jadi teman yang menghiburkan masa kita tidak punya sesiapa untuk bersandar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan