Rabu, 23 Januari 2013

salam maulidur rasul 1434 hijriah

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w) : wahai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya,

                                                                                        (surah Al-Ahzaab ayat 56)

Syukur kerana kita hidup berlandaskan syariat dan nikmat Islam.. Sesungguhnya kita Ummat yang beruntung dibawah junjungan Nabi kita..


Selawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad kita..



Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat san beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya Tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hijjaz..


#Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah, semoga kita sentiasa berselawat ke atas Nabi kita.#

1 ulasan:

  1. salam maulidur rasul zalikha. tak lambat lagi kan? hehe. nama kita lebih kurang. hee :)

    BalasPadam