Khamis, 31 Mei 2012

Ayah dalam kenanganku (Al-Fatihah)

Makin genap 12 tahun  pemergian ayah terchenta iaitu allayarham Muhammad bin Omar.. Tatkala menulis entri ni berjurai air mata kerinduan menyapa. Ohh sebak dada merindukan beliau yang amat menyayangi diriku. dikala kanak kanak seusiaku mempunyai keluarga yang lengkap, tapi bukan aku yang merasainya. Ayah la orang yang bertanggungjawab menjagaku dari awal sekolah seumur 6tahun hingga darjah 6, Ayahla orang yang menyemak dan menandatangani buku rekod sekolah, mensyuarat PIBG.. Sampaikan cikgu cikgu sekolah mengenali ayah adalah bapaku, hakikat ayah adalah datukku..

Ayah mula sakit ketika umurku 9tahun, tapi ayah sakit hanyalah biasa-biasa. sakit lelah menyerang, Tapi ayah tetap kuat orangnya, masih berniaga bersama mek, Ayah pernah dimasukkan wad, sampai doktor dan nurse mengenali kami sekeluarga.. setahun sebelum pemergian ayah, ayah sakit tenat, ketika itulah aku sebagai cucu yang dijaganya yang ditatap bagai minyak yang penuh, mula menjalankan tanggungjawab menjaga ayah. Ayah taknak tidur dalam bilik tapi nak tidur diruangtamu, selama itulah aku tolong ayah ambil wuduk sambil duduk, aku yang bertanggungjawab sebab ayah tak nak ngan orang lain. Aku puas hati sebab aku berbakti untuk ayah ketika hidupnya..

Betapa aku rindukannya bila terkenangkan segala kenangan. Ayah la orang yang tak pernah memarahi diriku, walaupun ayah orang yang tegas, cerewet dalam makanan. Tapi ayah juga yang menyayangi aku. Tak tertahan air mata dan jiwa bila mengingati kenangan ini. Pernah juga aku teringat sewaktu kecil, akulah yang sentiasa menemani ayah kehulur kehilir sebab nak ambil che yah mengajar.Walhal ayahsu dan ayahmir ada, tapi akulah anak bongsu kalangan mereka.Aku teman ayah isi minyak kereta. Naik kekkong ayah, Ohh indahnya. Semangat aku hilang bila ayah kembali kerahmatullah pada 29/9/2001 jam 12.30 tengahari. Saat itulah aku mulai merosot dari tahun ke tahun. Mungkin juga aku adalah mangsa perceraian? Bukan aku menyalahkan takdir, tipulah aku  tidak pernah merasa kecewa dalam hidup ni tatkala Allah mengambil orang yang aku cintai sedikit demi sedikit merentapkan emosiku.

Hakikat pada waktu itu, aku tidak dapat menerimanya sewaktu ayah dikapankan, Mula menyalahkan takdir. Tapi aku sedar Allah itu Maha Mengasihi HambaNya. Begitulah aku meneruskan hidup tanpa ayah disisi. Mek yang kehilangan suami lagi sedih dari aku, sampai sekarang mek tetap bersama-sama memori ayah tanpa ada gantinya, 

Hari berganti hari, memori ayah tetap bersama samaku bawa hingga menara gading, aku teringat lagi kata-kata ayah untuk aku , "ika, kalau dapat 5A ayah melih kambing," tapi apakan daya Allah menyayangi beliau selepas aku UPSR. keputusan pun kurang dari yang dijangka.. Alhamdulillah aku sekarang dah melangkah ke menara gading, walaupun ayah takda, mek, ma dan abah serta keluarga masih boleh berbangga dengan aku.. 
Tanpa sempat ayah melihatku menerima segulung ijazah hasilnya menjaga diriku..  Aku bangga pernah menerima didikan dari ayah, kerana ayahlah orang yang bertanggungjawab membentuk diriku menjadi orang yang berguna.

Jadilah anak yang solehah, kerana doa anak yang soleh adalah terbaek untuk mereka di Sana.

Salam,

Al-fatihah aku sedekahkan buat atuknda tersayang dan mereka seagamaku. Semoga ayah dan mereka ditempatkan kalangan orang-orang yang beriman..

1 ulasan:

  1. al-fatihah...
    semoga arwah sentiasa tenang disana.....
    setiap yg dtg, pasti akn pergi
    kite mestilah tabah & kuat utk hadapi hari2 yg mendatang

    BalasPadam